Wednesday 19 February 2014

NUR sahabat

ASSALAMUALAIKUM..

ok, as I promised yesterday, I am gonna share with you my secrets,, cehh~~

NUR sahabat , sahabat yang telah membantu aku mencari cahaya Ilahi.. 

aku mengenali dia di SMS Hulu Terengganu (SAHUT) pada tahun 2012 (tingkatn 4).. pada mulanya, aku tidak suka akan dia, sebab dia cakap banyak dalam bahasa Kelantan yang agak pekat membuatkan aku bosan sebab aku tak faham.. dia satu kelas dengan aku, dan merupakan bekas anak buah PRS aku,, bukan bermaksud dia telah dibuang , tetapi, dia sangat semangat rumah sukan menyebabkan dia terpilih menjadi Penolong Ketua Rumah..

pada tahun 2013, kami masih sekelas.. dan, kami duduk bersebelahan.. sangat tidak sangka boleh sangat rapat dengannya kerana kami mempunyai chemistry yang kuat.. dan rupanya, dia seorang yang sangat baik,, sentiasa mnyedapkan hati ini apabila hati ini berasa tidak kena, sentiasa menampalkan senyuman di bibir ini dikala bibir ini tidak mampu tersenyum, sentiasa meluangkan masa untuk mendengar masalah walaupun sangat sibuk dengan hal rumah sukan,, dan,, dia boleh merasa bila aku mempunyai masalaah, begitu juga dengan aku..

Dia ialah sahabat yang aku boleh menceritakan semua rahsia aku.. ya, SEMUA, tanpa berselindung dengan penipuan.. kerana dia seorang yang boleh dipercayai.. dan dia tidak pernah merendahkan aku.. kepada dia, aku boleh menceritakan kelemahan aku dan dia dengan rela hatinya membantu aku untuk memperbaiki kelemahan aku itu...

Dia juga sahabat yang telah memimpin aku ke jalan yang benar,, ke jalan yang dirahmati Allah,, mengajar aku untuk terus mempercayai pertolongan Allah.. untuk berubah menjadi muslimah yang lebih baik,, di saat aku jatuh, dia menggunakan segala kudrat yang ada, untuk membangkitkan aku semula...dan sentiasa meminta aku untuk berdoa apabila aku dalam kesusahan..ye,, beroda dan terus berdoa..

pasti anda akan menyangka dia seorang yang sangat sopan santun dan lemah lembut.. maaf, dia bukan seperti itu.. dia tetap seorang yang gila-gila, seriously,,, mungkin sebab itu, aku rsa selesa dengannya..

aku sangat bersyukur dan berterima kasih kepada Allah S.W.T kerana menemukan aku dengannya,, aku sangat bangga mempunyai sahabat sepertinya.. aku harapkan, ukhuwah kami sampai ke syurga..



~ukhuwah fillah abadan abada till JANNAH~

1 comment:

  1. popooooo sengal gilaaa tahap cipan sbb bwat aq meleleh !! TT___TT allahu allahu allah. aq mane de 'baek' :( wei, aq na jiwang cket , aq syg ko ! tanak smpai mati ! tapi smpai JANNAH !!!! tataw la, aq boleh 'ngam' ngn ko, mgkin DIA dah planned :D

    popo sengal + gilak + comel + Bijaakk gle + kuat + beriman !

    chaiyokkkkkkk <3 Allah owez wif u beb!

    ReplyDelete